Tuesday, February 25, 2014

Meruqyah Dengan Kaedah Tertentu Yang Dianggap Boleh Mengubati/Mematikan Sihir

[ Meruqyah Dengan Kaedah Tertentu Yang Dianggap Boleh Mengubati/Mematikan Sihir ]

Ibnu Qudamah Al-Maqdisi menyebutkan:

"Sedangkan usaha membuka sihir dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, zikir mahupun ucapan-ucapan yang diperbolehkan hukumnya adalah diperbolehkan. Sementara apabila dalam bentuk sihir, maka Ahmad bersikap tidak mengomentarinya. Atsram berkata, "Aku pernah mendengar Abu Abdullah pernah ditanya mengenai seseorang yang mendakwa dapat membuka (menghilangkan) sihir, dia menjawab, "Memang ada orang yang diberi kemampuan dalam hal ini." Dikatakan kepada Abu Abdullah, "Dia meletakkan air di sebuah panik (bekas?) dan membenamkan tangannya di dalam air tersebut," Abu Abdullah menjawab, "Aku tidak mengetahui mengenai trik (kaedah) itu." Ia kembali ditanya, "Apa pendapatmu mengenai bentuk trik (kaedah) ini" dia menjawab, "Aku tidak tahu."

Muhammad bin Sirin meriwayatkan, bahawa ada seorang wanita yang terkena sihir, lalu ada seseorang yang berkata, "Tuliskanlah garisan padanya dan sisipkan pisau pada persatuan garis itu, lalu bacalah Al Quran!." Muhammad berkata, "Aku tidak mengenai diperbolehkan membaca Al Quran dalam keadaan ini, dan aku tidak mengetahui apa faedah dari garis dan pisau itu."

Said bin Musayyab meriwayatkan, mengenai seseorang yang mengubati isterinya. Lalu dia berkata, "Sesungguhnya Allah melarang sesuatu yang membahayakan dan tidak melarang sesuatu yang bermanfaat." Dia juga berkata, "Apabila kamu dapat memberikan manfaat bagi saudaramu, maka lakukanlah!".

Pernyataan mereka ini menunjukkan bahawa para pembaca mantera atau jampi atau lainnya (untuk melepas sihir) tidak termasuk jenis sihir, kerana termasuk hal yang bermanfaat dan tidak berbahaya."

[Lihat; Al-Mughni m/s 68-69, Jilid 13. Terbitan Pustaka Azzam]
__________

p/s: Malam tadi saya mendatangi seorang pesakit yang mengalami kepeningan melampau sehingga dia meracau seolah kerasukkan. Lalu tiba-tiba keluar dialog tidak disangka yang dipercayai itu adalah anggara makhluk halus. Saya membacakan ayat ruqyah dengan menghadapkan tapak tangan ke kepala pesakit, lalu pesakit meraung mengadu kepanasan di kepalanya.

Sakit itu masih tetap berterusan sambil 'pesakit/makhluk' itu mengatakan yang ia sudah lama dalam tubuh si pesakit. Lalu saya ambilkan sebatang rotan, kemudian dibacakan ayat ruqyah sambil memukul ringan pada kaki pesakit. Ia lalu terus menjerit kesakitan, saya ulangi beberapa pukulan yang sama sehingga 'makhluk' itu mengalah. Kemudian saya meletakkan hujung rotan di ubun-ubun pesakit, dia menjerit seolah ditusuk benda tajam.

Sekarang pesakit berkenaan sudah sedarkan diri.

0 comments:

Post a Comment